Wednesday, 5 June 2013

                              Photobucket


Share something HERE! Come read!!! 

7 Prinsip Memakai Maskara
1. Efek Tertentu
Terdapat banyak maskara yang menjanjikan lebat, panjang dan tahan lama tetapi pakar mengatakan bahawa ini bukan caranya untuk memiliki keseluruhan efek. Jika anda mahu hasil yang tertentu, carilah jenis maskara yang khusus.

2. Hitam sesuai untuk semua
Semua orang boleh menggayakan maskara hitam, walaupun berambut perang. Kepentingan maskara adalah untuk menyerlahkan bentuk mata dan bulu mata.

3. Gunakan maskara kalis air bila perlu
Formula kalis air adalah terlalu sukar dibuang untuk digunakan setiap hari, anda perlu menggosok kuat untuk menghilangkannya jadi ada kemungkinan bulu mata anda akan gugur.

4. Lentikan sempurna
Gunakan pelentik bulu mata dengan memulakannya dari pangkal bulu mata kemudian sedikit demi sedikit dilentikkan sampai ke hujung bulu mata. Letakkan cermin di bawah mata agar anda dapat lihat garisan bulu mata.

5. Bulu mata yang lebih ketara
Palit dari pangkal bulu mata hingga hujung. Bermula dari pangkalnya, ceraikan setiap helaian bulu mata, pegang berus secara menegak dan gerakkannya dari tepi.

6. Melebat dan memanjangkan
Sekiranya bulu mata anda halus dan jarang, gunakan asas maskara untuk menambahkan volume. Palit dari pangkal bulu mata hingga hujung.

7. Mencuci maskara
Selepas seharian bulu mata anda dipaliti maskara, pastinya waktu untuk mencuci cukup renyah buat anda, namun jangan runsing, gunakan saja pencuci bulu mata atau pemadan solekan yang berunsurkan formula minyak. Kandungan minyak dapat menyingkirkan kotoran dengan pantas, malah ia juga berkesan untuk maskara kalis air.




STARLOOK MASCARA RM47.90
ADVANCED STYLING MASCARA  RM45.90
Dapatkan di 

Syerra Shoppe 06-6016096 atau ainisakinah@gmail.com



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...